Wednesday, July 23, 2014

MACAM MANA CARA UNTUK SAYA PERKENALKAN PRODUK SECARA ONLINE??

Kenalkan di dalam blog. Cara menulis jangan guna cara menjual. Tapi menulis dengan penceritaan perkongsian, pengalaman menggunakannya, kebaikannya. Mulakan penulisan dengan topik topik hangat semasa atau apa kisah yang baru terjadi dengan kita atau org sekeliling kita. Kemudian mula cerita produk. Di akhir entry beri tahu harga dan cara dapatkannya.

KATA DR.AZIZAN

“Berniaga tidak boleh dibuat secara semborono. Kami melabur wang bagi penganjuran seminar percuma, semata-mata untuk membuka mata orang Melayu terutamanya, mengenai peluang perniagaan dan menggalakkan mereka berniaga. Tapi berniaga tanpa ilmu adalah tidak bijak dan hanya membawa usahawan terjerumus ke dalam bisnes melingkup.

“Mulakan tindakan walaupun ada ketakutan kerana tindakan akan menghapuskan ketakutan sedikit demi sedikit, apatah lagi bila disertai dengan ilmu, doa dan tawakal.

Orang berjaya, bertindak dengan pantas untuk lebih berjaya manakala orang gagal sentiasa terhegeh-hegeh dalam tindakannya,” katanya lagi.

Menyifatkan Rasulullah SAW sebagai mentor usahawan umat Islam, Dr Azizan yang menerapkan konsep M.E.S.T.I iaitu mentor, elmu, sistem, tindakan dan impian di dalam pembelajarannya, juga menganjurkan kepentingan bagi orang Melayu untuk mengamalkan “cepat bertindak, cepat keberhasilannya.”

“Orang Melayu mesti bangkit, berani berniaga kerana melihatkan ketidakstabilan ekonomi, diikuti perang yang tercetus di banyak wilayah diduduki umat Islam yang ikut mencengkam dunia, perniagaan adalah tunjang ekonomi dan penguasaan satu-satu bangsa. Berniagalah, apatah lagi Islam sendiri menganjurkan sembilan daripada 10 punca rezeki adalah dengan berniaga,” jelasnya.

#ambil semangat dari kata-katanya

Friday, July 18, 2014

8 LANGKAH GERENTI BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!


Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. Rancang dan atur perniagaan anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan

Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.

Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.

6. Tambahkan Jualan


Apabila kita di restoran burger francais, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, restoran tersebut mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan serata dunia!

Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.

7. Ulang, ulang dan ULANG!

Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.

Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.

Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.

8. Kurangkan kos perniagaan

Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.

Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!

Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!

Monday, July 14, 2014

KEPENTINGAN BLOG

Kepentingan yang pertama untuk mempunyai blog adalah kerana ia mudah di akses oleh sesiapa sahaja yang menggunakan internet di alam maya berbanding facebook kerana di facebook hanya friend saja yang boleh akses ke dalam facebook kita. Blog tidak memerlukan pelawat untuk meminta izin dan mendaftar masuk kepada pemilik akaun. Malah ia tidak memerlukan sistem log in. Ia adalah satu laman yang mesra dengan pembaca. Atas sebab itu, pembaca kurang gemari meninggalkan komen di blog yang mempunyai sistem kata laluan dan memerlukan tapisan terhadap komen ia seperti pembaca sedang berada di laman peribadi seseorang. Bagi laman yang mesra pembaca dan menggalakkan interaksi pembaca, penggunaan kata laluan dan tapisan terhadap komen sebaik-baiknya dielakkan.

Sekiranya kalian hanya mempunyai facebook bagi marketkan sebuah perniagaan di alam maya, apa yang akan anda tulis untuk memperkenalkan perniagaan, hanya pembaca dan pelanggan yang "LIKE" page kalian saja yang boleh membacanya. Itupun bukan semua yang buka untuk membacanya, hanya segelintir sahaja yang membaca. Lain pula situasinya jika menggunakan blog, apa sahaja yang anda tulis dan post boleh di akses, di jumpa dan di baca oleh sesiapa sahaja dengan melalui enjin carian.

Adakah kalian tahu yang kekuatan blog adalah dari segi enjin pencari. Enjin pencarian seperti Google sangat suka kepada Blog. Kebiasaannya ia seringkali memaparkan blog-blog sebagai maklumat pertama yang tersenarai dalam result pencarian pembaca setelah menaip kata kekunci pencarian. Ini kerana di dalam blog terdapat banyak informasi yang dikongsikan oleh penulis yang menulis secara bebas. Ini sangat penting kerana hampir 90% pengguna internet menggunakan Google dan mereka akan dipaparkan kepada blog dan di dalam blog ini mereka akan membaca dan mendapatkan maklmumat tentang sesuatu dahulu dengan lebih terperinci serta meluas untuk mengetahui tentang sesuatu produk dan perkhidmatan sebelum membeli dan menggunakannya.

Selain itu, blog merupakan satu laman yang berfokus dan berpaksikan kepada sesuatu. Misalnya dalam penjenamaan. Ia adalah sebuah laman yang kemas dari segi warna, susunatur, kemudahan button dan bar maklumat di atas dan tepi . Ia menampakkan tentang keseluruhan isi kandungan blog/jenama. Penjenamaan yang baik adalah menjenamakan diri sendiri yang unik dan seterusnya boleh memperkenalkan produk dan perkhidmatan. Ini berbeza jika menggunakan facebook kerana pelawat perlu scroll down maklumat dan iklan tentang sesuatu produk. Jika di blog, ia mempunyai button menu dan pembaca boleh memilih bab dan kategori untuk di baca tanpa perlu scroll kesemuanya sebelum berjumpa dengan maklumat yang di cari.

Secara kesimpulannya, bagi pengguna dan pengusaha yang bijak, ia tidak akan menggunakan hanya satu sumber untuk tujuan menyampai dan memperkenalkan produk tetapi ia akan menggabungkan kesemuanya sebagai strategi pemasaran yang luas. Gabungkan facebook, blog dan web. Di dalam facebook perkenalkan entry dalam blog dan web kedai , di dalam blog perkenalkan website dan laman facebook kedai, di kedai pula perkenalkan link kan ke blog dan laman facebook. ia saling bersangkut paut dan terpulang kepada pembaca kerana ada yang hanya gemar online di facebook sahaja ada juga yang suka membaca detail di blog tak kurang juga yang suka melihat dengan tepat di laman web. Pelbagaikan suasana dan idea. Jadi kreatif dan berseronoklah dengan kemudahan teknologi yang ada dengan sebaik-baiknya dan menggunakannya dengan berlandaskan syarak.

#study tentang blog

BERTINDAK MENGIKUT APA YANG KITA RASA

ALHAMDULILLAH, masih diberi kesempatan untuk hidup dengan sihat walafiat dibumi Allah. Bertindak mengikut apa yang kita rasa betul dan jangan bertindak jika apa yang kita rasa salah. Contohnya amat banyak sekali dalam kehidupan seharian kita. Selagi ianya masih terkawal dan tidak melanggar syariat, teruskan dengan niat yang bersih. Akan tetapi, ambil sedikit masa untuk berfikir, sesaat pon dikira. Ini kerana setiap apa yang kita lakukan atau setiap tindakan haruslah dimulai dengan tafsiran dari sel-sel otak. Barulah hasilnya kita tidak akan menyesal atau tidak menyakiti sesiapa. Wassalam.

Tuesday, July 8, 2014

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WASAHLAN ;)

Salam perkenalan buat pendatang baru ke alam blog. Saya, cukup saja dikenali dengan nama Farahana datang ke alam blog. Moga-moga kehadiran di bulan Ramadhan al-mubarak ini mendapat keberkatan dari yang ESA. Berusia 28 tahun, seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan online. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang comel. Minat dalam penulisan, perniagaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari IPTA tempatan. Mengharapkan blog ini dapat mendekatkan diri dengan dunia luar dan mengaktifkan lagi perniagaan saya. Aminn. Sekian dari saya, salam kenalan.