Friday, August 15, 2014

KAEDAH PENULISAN YANG TIDAK MEMBOSANKAN

Blog adalah salah satu medium sosial yang boleh kita kongsi pelbagai perkara. Baik dari segi ilmuan, jualan, info dan kurang juga berita sensasi. Satu tips yang saya sendiri faham dan ingin sekali saya praktikkan adalah

Wednesday, August 13, 2014

HARUS BELAJAR BERNIAGA

Bila belajar kaedah atau teknik pemasaran online di facebook sebenarnya, tidak digalakkan kita share atau tag produk kita pada wall pengguna facebook yang lain. Ini kerana boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang yang tidak suka akan post-post pengiklanan yang tidak berkaitan dengan mereka. Apa pun, sedikit demi sedikit, untuk lebih maju kita harus menimba ilmu. Belajar selok belok yang sewajarnya kita praktikkan..insya allah mudah-mudahan segalanya lancar.

Tuesday, August 12, 2014

TIPS BERBISNES DI FACEBOOK

1.Elakkan tagging friends, terutamanya yg sedang kencang berniaga. Bayangkan Jika setiap ruang komennya mendapat komen setiap minit, friends yang lain juga akan mendapat vibrate dan bunyi notification pada setiap minit. Ini boleh mengganggu privacy friends tersebut dan kurang disenangi.

2. Tagging juga adalah perbuatan menceroboh privacy wall friends yg lain. Minta kebenaran terlebih dahulu.

3. Create page niaga dan invite friends ke page niaga tersebut untuk ikuti perkembangan niaga kita.

4. Jika ingin letakkan tentang perniagaan di wall sendiri, elakkan tagging kerana setiap friends dapat melihat notification update wall kita di newsfeed mereka.

5. Boleh berkongsi selalu walau berulang hanya di wall sendiri namun elakkan tagging dan paksaan membeli melalui private message. Sekiranya orang berminat, mereka akan pm kita di inbox.

6. Beri peluang pelanggan berfikir dan hormati mereka. Biar mereka buat keputusan bila tiba masanya. Jika mereka tak memerlukan usah kecewa. Yakin lah rezeki allah ada yg lain, lebih luas lagi.

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, PENGALAMAN DI BLOG

1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya

Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

#copy paste