Friday, August 15, 2014

KAEDAH PENULISAN YANG TIDAK MEMBOSANKAN

Blog adalah salah satu medium sosial yang boleh kita kongsi pelbagai perkara. Baik dari segi ilmuan, jualan, info dan kurang juga berita sensasi. Satu tips yang saya sendiri faham dan ingin sekali saya praktikkan adalah
penulisan yang ringkas, padat, mudah difahami dan paling penting sekali pembaca suka. Oleh yang demikian, pada pendapat saya penulisan blog perlu berinformasi, tidak perlu terlalu panjang supaya pembaca tidak bosan. Tidak perlu penerangan yang panjang berjela-jela ataupun dengan bahasa lebih mudahnya syok sendiri. Cukup sekadar info yang penting, pendek dan bermanfaat. Tetapi saya percaya, seorang penulis, yang sukakan penulisan, otaknya tidak pernah kering dengan idea. Ada saja ayat yang ingin ditulis atau dikeluarkan. Itu saya faham, kerana ia tepat kepada saya. HAHA..sekian. ;)

No comments: